a ThInk To tHouGhT..

Friday, April 17, 2009

Menjerit pada hujan

Sahabat..gila-gila, punya cara, hidup bahagia..
tawa sentiasa..walau sendu tiba.., namun ku faham ..
bahawa,...esok belum semestinya ada..

Di luar hujan lebat mencurah-curah. Guruh sekali sekala berdentum-dentum. Angin bertiup kuat mengibas-ngibaskan langsir. Sejuknya tak terkata.



Bilik sudah tertutup rapi dari tempias hujan... Hanya bunyi kipas putih berbilah 3 sahaja yang kedengaran memenuhi ruang bilik.Aku meniarap sambil berkelubung di bawah selimut. Berborak-borak kepada si Dia dikatil sebelah... Sesi meluahkan rasa.




Dia:"Kau fikir apa yang aku fikir tak?"

Aku: "Hmm. Mungkin."

Dia: "Jom?"

Aku: "Jom!"



Kami ketawa nakal-nakal. Dan tergedik-gedik dengan otak nakal. Ada projek gila-gila. Pandang kiri pandang kanan...



30 minit selepas itu... Dalam hujan lebat. Ada kelibat dua budak xbaper btol yang main futsal + mandi hujan di court tengah malam buta.Kami ketawa cam org gila. Dan tergedik-gedik di bawah hujan.

Projek budak gila-gila bahasa. Terjerit-jerit, menjerit pada hujan. Pandang kiri pandang kanan skali lg…”
owh xde org yg pedulik…teruskan2..weh sepak bola bagi sampai laa…



Nota Control Jiwa

masa tu aku F4 di..SMKAB,musim itu hujan mlm…Sekarang ni musim hujan petang.(hahahaha…boleh diterima x comparison yg dibuat itu??!??!)



p/s : Kepada si DIA..

weh ko ingat x lagi masa nie...antara waktu2 kita yg lari dari kewarasan buku dan peraturan ilmu

Thursday, April 16, 2009

Kekurang ajarannya terserlah dan terpampang indah..

Tadi, aku pergi makan Pizza sambil menenangkan fikiran selepas menempuhi ujian Industrial Engineering yang sangat dasyat soalannya. Heh..nak salahkan soalan pulak, aku yang malas sebenarnya. Lepas makan, aku pergi JJ Tebrau nak lepak2 ambik angin..opss..ngan aku nk beli present kat adik pempuan aku.hadiah SPm la konon2nyer.. Hehe…

Dah penat memilih, aku pun pergilah kaunter nak bayar. Depan aku ada seorang makcik dengan anak perempuan dia berbangsa India. Diaorang beli baju jugak, maklumlah dah nak deepavali. Jumlah harga barang diaorang dalam RM180 lebih. Lepas bayar, diaorang duk je tepi kaunter sambil cakap-cakap dalam bahasa india. Kemudian, cashier tu tanya dengan nada agak kasar, “kenape!”. Makcik tu dengan anak perempuan macam terkejut lalu blah. Lepas tu aku dengar cashier tu cakap dengan kawan dia, “nak ape ntah, nak paper beg la tu.. jangan harap!”

Aku dalam hati..”what the fish???” jahat mulut punya pekerja. Ada ke patut cakap macam tu. Aku dengan beberapa customer lain tercengang je dengar ayat kurang ajar dia tu. Selalunya, kalau customer beli sampai berpuluh-puluh macam tu, boleh dapat paper beg. Kenapa tak kasi je? Dah la makcik tu beli banyak, dia nak sambut raya deepavali pulak tu. Kasilah dia feel raya sikit. Yang aku tak puas hatinya, boleh dia cakap jangan harap! Macamlah shopping complex tu bapak dia punya. Lepas tu, boleh dia punch in dulu barang makcik “yang konon kaya” yang tak beratur, walhal aku dengan beberapa customer lain dah beratur lama kat situ. Gile teruk diskriminasi yang dia amalkan!!!

Cashier tu melayu, dan aku malu gle dengan sikap cashier tu..harapkan make-up tebal yg konon2 cambest n cun jer..prangai ngan hati ….u guess it?..CAM HAMPEHH. Sebagai warga Malaysia, kita kene hormat orang tak kira bangsa, darjat dan agama. Ala..kalau nak ikut darjat pun, awak tu cashier je. Kalau takde customer macam makcik tadi, macam aku dan customer lain di belakang aku tu, jangan harap ko nak dihire oleh employer ko tu.

Makcik “yang konon kaya” tu pun sesat je malam2 nak beli barang kat tempat ko. Kalau tidak, tak hingin dia beli barang kat tempat ko yang bukannye high class tu. Sepatutnya cashier tu tanyalah elok-elok kat makcik india tu, “Ye makcik, ada apa-apa masalah ke?” dan cakap kat makcik “yang konon kaya” tu, “sila beratur ye puan, customer banyak menunggu giliran.” Tak salah pun aku rasa, tapi kalau makcik “konon kaya” tu marah, baru patut cashier tu tengking dia macam ni, “makcik tak nampak ke orang dah beratur panjang? Diaorang pun customer jugak!”

Tapi itu susah nak terjadi. Diskriminasi dia terlalu tinggi.Itulah kita, kadang-kadang kita lupa, manusia tak selalu di atas. Bila tiba giliran kita di bawah nanti, baru kita nak terngadah, nak tunduk hormat, nak menadah mintak ihsan. Dalam negara yang berbilang kaum ni, kita kene jaga etika kita, kene jaga sensitivity, kene jaga hati semua orang. Kalau tidak, macam mana kita nak bersatu, macam mana nak maju. Makcik berbangsa india tu akan terus rasa diri dia tertindas, diperturunkan pulak kepada anak perempuannya. Makcik “konon kaya” tu akan terus rasa diri dia berkuasa dan tak kan beratur lagi. Semuanya kerana seorang cashier yang tak berbudi pekerti tu.

Aku rasa cam nk maki BODOH jer…straight into her face, xde adab ke?dah la ko jerit kat org tua…cam siot jer prangai....tp kang aku lak y g xberbudi bahasa hahaha…so aku biarkan jela…n blah dari situ sambil trasa dlm hati…

(Mesti makcik india td tu rasa gle ngan cashier mlayu tu td..scara lnsg sebangsa dengan aku..sial punye cashier…xpasal2 semua org mlayu malu sbb prangai ko yg cam haram)

Tuesday, April 14, 2009

Diciptanya Duniaku

Bismillahirahmanirahim..

Gud thing...i start it dgn bismillah..
aku xterfikir nk mula mcmn...
erhh..maybe kne dgn jenis aku yg mmg xreti nk memulakan aper2...haha ^.^

Hidup disekeliling aku...aku pandang dgn.. perspektif yg lain dari yg lain..aku pn xtahu kenapa aku sering perasan perspektif2 nie..kadang2 aku dan org,speak diff languages..guess the answer of that was,we`ve diff perspective..Alhamdulillah aku faham how its work

mungkin merah itu bukan sekadar saga
mungkin jugak biru tu xsemestinya langit..
atau yeke hijau memang warna rumput..

Kadang2 org ckp setiap manusia membentuk dunianya sendiri,build his own sanctuary,create their own limitation and way of life..
ye aku stuju..cuma
persoalan aku maybe "bukan yeke sume manusia mcmtu"
so nothing to issues la..ryt(bagi aku la)...,soalan aku selanjutnya lebih menjurus..
"macamana dunia individu yg dibentuk tu terbentuk"...macam complicatedkan,
..betul la..cuma aku lebih terfikir n berminat nk tahu proses sbelum 'dunia' individu2 terbentuk.

Anyway..ends of this entry..lyk to say
dont bother knocking when we r rocking..^.^

Hahaha..asal la kan aku wat persoalan2 mcm nie...mcm serius jer ^.^
Guess...thats my world... v(^o^)
Related Posts with Thumbnails